ad

Ikon Agro Selangor suntik semangat belia ceburi pertanian moden

28 Sep 2025, 5:02 AM
Ikon Agro Selangor suntik semangat belia ceburi pertanian moden
Ikon Agro Selangor suntik semangat belia ceburi pertanian moden
Ikon Agro Selangor suntik semangat belia ceburi pertanian moden
Ikon Agro Selangor suntik semangat belia ceburi pertanian moden

SHAH ALAM, 28 SEPT: Program Ikon Agro Selangor yang diperkenal sejak 2021 mampu menjadi penaik semangat terutama golongan muda dalam menceburi sektor pertanian.

Pengurus besar Pertubuhan Peladang Kuala Langat, antara pemenang sesi 2024/2025 berkata usaha negeri itu juga mampu mengekalkan Selangor sebagai peneraju pertanian negara.

“Program ini bagus dan mampu mengekalkan Selangor sebagai peneraju pertanian dan yakin petani akan lebih bersemangat untuk sama-sama meningkatkan pendapatan.

“Syarikat sertai program ini buat kali pertama sebab nak jadikan Kuala Langat sebagai contoh petani Malaysia,” kata Ahmad Firdaus Abdull Halim kepada Media Selangor.

Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat, Ahmad Firdaus Abdull Halim bersama cek cura dan trofi yang diterima ketika Majlis Perasmian Selangor Agro Fest di Tapak Karnival Seksyen 13, Shah Alam pada 27 September 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Terdahulu, syarikatnya yang mengusahakan cili berskala industri diumum antara 10 pemenang Ikon Agro Selangor 2024/2025 sempena majlis perasmian Selangor Agrofest 2025 semalam.

Sementara itu pengasas Opus Farm Sdn Bhd Johnathan Tan, 37, berkata program Ikon Agro Selangor membolehkan usahawan tani berkumpul dan bertukar pandangan sesama sendiri.

“Saya bertani cara hidroponik dengan menanam lapan jenis sayuran. Projek berjalan di Shah Alam sejak 2020. Cabaran utama saya adalah kekangan berjumpa usahawan tani lain memandangkan lokasi di kawasan bandar.

“Bila ada program ini, saya boleh berjumpa usahawan lain dan boleh belajar dengan mereka semua. Boleh berkongsi pengalaman untuk majukan lagi perniagaan tani,” katanya.

Johnathan Tan, 37, bercakap kepada media selepas Majlis Perasmian Selangor Agro Fest di Tapak Karnival Seksyen 13, Shah Alam pada 27 September 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Kedua-dua mereka membawa pulang hadiah berjumlah RM10,000 merangkumi wang tunai RM5,000 selain peralatan dengan jumlah sama.

Pemenang juga akan mendapat bimbingan agensi tertentu supaya hasil tani dan produk mereka dapat berkembang lebih jauh.

EXCO Pertanian Dato' Ir Izham Hashim berucap ketika Majlis Perasmian Selangor Agro Fest di Tapak Karnival Seksyen 13, Shah Alam pada 27 September 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.