Terbuka Korea: Kempen beregu campuran negara terkandas di suku akhir

26 Sep 2025, 7:51 AM
Terbuka Korea: Kempen beregu campuran negara terkandas di suku akhir

KUALA LUMPUR, 26 SEPT: Kempen beregu campuran negara di Terbuka Korea 2025 berakhir di peringkat suku akhir dalam perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Suwon, hari ini.

Pasangan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie tewas kepada beregu China Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, 9-21, 21-18, 8-21, dalam masa 43 minit.

Kekalahan tersebut merupakan yang kesembilan daripada 10 pertemuan dengan gandingan utama dunia itu.

Satu lagi pasangan Malaysia, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien, juga tersingkir selepas tewas 12-21, 8-21 kepada Mathias Christiansen-Alexandra Boje dari Denmark, dalam masa 33 minit.

- BERNAMA