ad

Ragbi Piala Agong: Selangor baiki kelemahan, janji aksi terbaik lawan PDRM

21 Sep 2025, 1:41 AM
Ragbi Piala Agong: Selangor baiki kelemahan, janji aksi terbaik lawan PDRM
Ragbi Piala Agong: Selangor baiki kelemahan, janji aksi terbaik lawan PDRM
Ragbi Piala Agong: Selangor baiki kelemahan, janji aksi terbaik lawan PDRM
Ragbi Piala Agong: Selangor baiki kelemahan, janji aksi terbaik lawan PDRM

SHAH ALAM, 21 SEPT: Pasukan ragbi Selangor akan bangkit serta memberi aksi terbaik dalam perlawanan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) minggu hadapan.

Ketua Jurulatih Suhaimi Amran berkata biarpun tewas menentang Kelantan dengan keputusan 17-24, skuad kendaliannya akan membaiki kelemahan serta menyusun strategi.

“Momentum pasukan berada pada tahap baik pada 20 minit terawal tetapi nasib tidak menyebelahi kerana membenarkan Kelantan menguasai perlawanan sehingga ‘membunuh’ momentum tersebut.

“Itu adalah kesalahan kami kerana membenarkan pihak lawan mengambil semua peluang dan memanipulasi sehingga mendapat mata.

“Untuk perlawanan seterusnya akan bertemu PDRM dan fokus kami adalah kembali kepada permainan dan menggunakan minggu depan sepenuhnya untuk membaiki kelemahan dan meningkatkan kekuatan,” katanya ditemui selepas Kejohanan Ragbi Piala Agong.

Ketua Jurulatih Ragbi Selangor Suhaimi Amran. Foto SITI ROHAIZAH ZAINAL/MEDIA SELANGOR

Semalam, Selangor terpaksa akur selepas tewas dengan Kelantan dengan keputusan 17-24 pada Kejohanan Ragbi Piala Agong 2025 yang berlangsung di EV Arena Elmina.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Ragbi Selangor Lim Yi Wei menyifatkan perlawanan antara kedua-dua pasukan sangat memberi tekanan dan Selangor perlu memperbaiki beberapa aspek.

“Minggu depan akan berjumpa dengan PDRM dan sudah pasti ia cabaran sangat besar.

“Saya berharap semangat pasukan tidak terjejas tetapi terus meningkatkan usaha untuk perlawanan seterusnya,” katanya.

Pasukan Selangor dijadual menentang pasukan PDRM pada 27 September di Padang Astaka, Petaling Jaya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.