SHAH ALAM, 18 SEPT: Penerbangan Malaysia Airlines MH102 dari Kuala Lumpur ke Dhaka terpaksa melencong ke Bangkok selepas juruterbang mengisytiharkan kecemasan.
Pesawat Boeing 737-800 berkenaan berlepas dari Kuala Lumpur pada 9.30 pagi menuju ke Dhaka, Bangladesh, lapor Airlive.net.
Pesawat dengan nombor pendaftaran 9M-MLN ketika itu terbang pada ketinggian 36,000 kaki di ruang udara Myanmar apabila kru mengisytiharkan kecemasan.
Pesawat berkenaan segera membelok ke kanan menuju Thailand dan mendarat di Bangkok selepas dua jam 15 minit berlepas.