Zi Yu-Genevie cipta sejarah, juara beregu wanita Badminton Remaja Dunia

18 Okt 2026, 12:00 AM
Zi Yu-Genevie cipta sejarah, juara beregu wanita Badminton Remaja Dunia

KUALA LUMPUR, 18 OKT: Beregu wanita negara Low Zi Yu-Genevie Lim melakar sejarah apabila menamatkan penantian 34 tahun Malaysia untuk merangkul kejuaraan sulung acara itu pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2026 di Kaherah, Mesir, hari ini.

Pada aksi final di Stadium Antarabangsa Kaherah, pasangan pilihan kedua kejohanan itu menewaskan gandingan Jepun Nijika Kamata-Shizuku Kashio dalam pertarungan tiga set 15-7, 9-15, 15-12.

Kejayaan berkenaan menyaksikan Zi Yu-Genevie muncul beregu wanita pertama negara bergelar juara dunia remaja sejak acara itu mula dipertandingkan pada 1992, yang sebelum ini banyak didominasi wakil China.

Zi Yu-Genevie mara ke final selepas menundukkan pasangan pilihan ke-15 dari China, Shi Si Chen-Xiang Yu Jin 15-9, 15-11 dalam aksi separuh akhir semalam yang berlangsung selama 32 minit.

-- BERNAMA

TAG: badminton, remaja dunia, Mesir, Low Zi Yu, Genevie Lim

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.