ad

PM lulus dana RM67 juta biayai projek kecil, infrastruktur awam - Amirudin

12 Sep 2025, 8:01 AM
PM lulus dana RM67 juta biayai projek kecil, infrastruktur awam - Amirudin
PM lulus dana RM67 juta biayai projek kecil, infrastruktur awam - Amirudin
PM lulus dana RM67 juta biayai projek kecil, infrastruktur awam - Amirudin
PM lulus dana RM67 juta biayai projek kecil, infrastruktur awam - Amirudin

SHAH ALAM, 12 SEPT: Sejumlah RM67 juta peruntukan diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membiayai pelbagai projek kecil dan infrastruktur awam di Selangor tahun ini.

Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata peruntukan itu merangkumi Projek Mesra Rakyat sebanyak RM44 juta, Projek Infrastruktur Awam/Asas Rakyat (PINTAR) (RM4.5 juta), Projek Infrastruktur Madani (PRISMA) (RM6.5 juta) dan PRISMA MOF (RM12 juta).

“Pelaksanaan projek bagi melengkapkan Rancangan Pembangunan Lima Tahun (RMLT) selain meningkatkan imej kerajaan melalui pelaksanaan projek bagi memenuhi keperluan rakyat.

“Bagi melaksanakan projek, terdapat beberapa kaedah perolehan yang dibenarkan iaitu secara sebut harga, undi dan lantikan terus mengikut had nilai masing-masing berdasarkan Pekeliling Perolehan Kerajaan oleh Kementerian Kewangan.

“Dana yang disalurkan mencerminkan hubungan baik antara kerajaan pusat dengan negeri selain keprihatinan perdana menteri memenuhi keperluan rakyat,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kerja Undi bagi peruntukan perdana menteri di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar di sini, hari ini.

Menurut beliau, sesi Cabutan Undi Perdana yang menumpukan pemberian perolehan projek secara undian dijalankan semalam secara telus dan saksama.

“Undian yang terdiri daripada 147 projek fizikal dengan nilai peruntulan sebanyak RM8.2 juta. Daripada jumlah tersebut, 117 projek adalah kerja-kerja dilaksanakan di masjid dan surau dengan kos RM7.05 juta,” katanya lagi.

Sejurus selepas itu, Amirudin turut menyerahkan surat tawaran undi kepada 144 kontraktor dilantik dari sembilan daerah di negeri ini untuk melaksanakan projek infrastruktur ini.

Dalam majlis sama, Amirudin turut mengagihkan sumbangan komputer riba dan sijil penghargaan kepada 22 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 dengan keputusan 9A dan ke atas dan seorang pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00.

Bantuan merupakan inisiatif Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik bersama Bank Muamalat Malaysia Berhad di bawah Program Sejahtera Madani bagi membantu para pelajar meneruskan pengajian dengan berkesan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.