ad

MB saran penulis jaga kredibiliti, hasilkan karya berkualiti

12 Sep 2025, 1:00 AM
MB saran penulis jaga kredibiliti, hasilkan karya berkualiti
MB saran penulis jaga kredibiliti, hasilkan karya berkualiti
MB saran penulis jaga kredibiliti, hasilkan karya berkualiti
MB saran penulis jaga kredibiliti, hasilkan karya berkualiti

KLANG, 12 SEPT: Penulis disaran sentiasa mengekalkan kredibiliti dan integriti dalam penulisan dengan memastikan setiap karya mempunyai kualiti serta nilai yang mampu membekas kepada masyarakat.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menegaskan tanggungjawab seorang penulis bukan sekadar menghasilkan karya, sebaliknya mencurahkan pemikiran dan jiwa dalam setiap penulisan.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin berucap pada majlis Hadiah Sastera Selangor di Hotel Wydham Acmar, Klang pada 11 September 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR

“Justeru, saya minta kebertanggungjawaban untuk menjamin apa yang dikatakan kehidupan dan kemanusiaan serta perjalanan kita terus adil, rasional dan mampu membawa keamanan kepada negara.

“Selain memberi kesedapan dalam pembacaan, akal kita juga sedang dicabar kefahaman atau ditentang oleh kepalsuan, kemunafikan, hipokrasi dan pelbagai perkara berlaku sekeliling kita.

“Jika kita gagal untuk respon dengan betul dan tepat kemungkinan kita akan menjadi mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Hadiah Sastera Selangor 2025 di Hotel Wyndham Acmar, Klang malam tadi.

Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari melancarkan buku terbaru IBDE ketika majlis Hadiah Sastera Selangor di Hotel Wydham Acmar, Klang pada 11 September 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Pada masa sama, Amirudin turut mengingatkan penulis agar menjaga kepercayaan pembaca dengan menampilkan karya lebih kreatif dan berwawasan.

“Inilah harus kita fikirkan melebihi daripada teks, karya sebaliknya perlu fikir masa dan kehidupan kita di hari mendepan nanti yang akan dikumpul oleh sejarah,” katanya.

Terdahulu, seramai sembilan penulis karya kreatif tanah air diumum sebagai pemenang utama dalam majlis berprestij tersebut.

Dinilai dari 2022 hingga 2024, pemenang utama kategori cerpen, puisi dan esei membawa pulang wang tunai RM6,000 manakala 27 penulis setiap kategori memenangi RM1,500 sebagai penghargaan, menjadikan hadiah keseluruhan sejumlah RM94,500.

Berikut senarai judul dan penulis yang menang dalam setiap kategori:

Cerpen

Pemenang utama:

2022 - Matinya Sepasang Anjing Jadian (Zainal Rashid Ahmad, Dewan Sastera)

2023 - Enuresis (Nurimas SN, SelangorKini)

2024 - Tivi Rafah (Lokman Hakim, SelangorKini)

Sajak

Pemenang utama:

2022 - Klise Encik Ben (Nasser Mikraj, SelangorKini)

2023 - Parabellum (Ariff Mustaffa Hamzah, SelangorKini)

2024 - Malam dan Matahari (Ariff Mustaffa Hamzah, SelangorKini)

Esei

Pemenang utama:

2022 - Mencari Makna Umpanan Kemaafan Lewat Karya Sastera (Qurratul Ain, SelangorKini)

2023 - Melayu Desa Melayu Kota (Johan Radzi, SelangorKini)

2024 - Semuanya Telah Diungkapkan (Qurratul Ain, SelangorKini)

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.