ad

Kaedah pelaksanaan subsidi petrol RON95 di peringkat akhir, laksana akhir bulan

7 Sep 2025, 2:42 PM
Kaedah pelaksanaan subsidi petrol RON95 di peringkat akhir, laksana akhir bulan
Kaedah pelaksanaan subsidi petrol RON95 di peringkat akhir, laksana akhir bulan
Kaedah pelaksanaan subsidi petrol RON95 di peringkat akhir, laksana akhir bulan

KUALA LUMPUR, 8 SEPT: Kerajaan kini pada peringkat akhir memuktamadkan kriteria kelayakan dan kaedah pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 bersama pihak berkepentingan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 dirangka dengan teliti bagi memastikan majoriti rakyat yang layak tidak terjejas.

“Kerajaan turut bekerjasama dengan syarikat stesen minyak untuk memastikan sistem bayaran menggunakan MyKad dapat digunakan ketika membuat pengisian bahan api sebaik sahaja (penyasaran) subsidi RON95 dilaksanakan akhir bulan ini,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Rose Suryati Alang mengenai pendekatan terkini yang diambil bagi subsidi minyak dan kelancaran pelaksanaannya.

Amir Hamzah, yang turut menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkata kerajaan akan menggunakan sistem PADU untuk menentukan kelayakan agar hanya mereka yang benar-benar layak menerima manfaat subsidi.

“Kita akan umumkan dan laksanakan pada akhir bulan ini dengan jaminan bahawa rakyat yang layak akan menerima subsidi seperti sepatutnya,” katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.