ad

Sultan Selangor berkenan terima tajaan TSSC bernilai RM1.5 juta, dua kereta menanti penonton

28 Ogos 2025, 11:00 AM
Sultan Selangor berkenan terima tajaan TSSC bernilai RM1.5 juta, dua kereta menanti penonton
Sultan Selangor berkenan terima tajaan TSSC bernilai RM1.5 juta, dua kereta menanti penonton
Sultan Selangor berkenan terima tajaan TSSC bernilai RM1.5 juta, dua kereta menanti penonton
Sultan Selangor berkenan terima tajaan TSSC bernilai RM1.5 juta, dua kereta menanti penonton
Sultan Selangor berkenan terima tajaan TSSC bernilai RM1.5 juta, dua kereta menanti penonton

KLANG, 28 OGOS: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj hari ini berkenan menerima sumbangan penajaan RM1.5 juta bagi perlawanan Piala Sultan Selangor (TSSC) 2025.

Pengerusi dan Pengurus Pasukan Piala Sultan Selangor, Tan Sri Abd Karim Munisar berkata, pada penganjuran TSSC kali ini Kerajaan Negeri menyumbang RM1.05 juta yang disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin.

Katanya, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Permodalanan Negeri Selangor Berhad dan KDEB Waste Management masing-masing menyumbang RM100,000.

"RM50,000 masing-masing diterima daripada Tenaga Nasional Berhad, Air Selangor dan Koridor Utiliti Selangor (KUSEL). Syarikat pembinaan dan pembangunan hartanah Kumpulan Tanjung Balai menaja kereta Perodua Bezza serta dua telefon pintar.

“Aerofront City Development juga menaja kereta Perodua Bezza dan penginapan eksklusif di Marriott Kota Kinabalu dan Noble Resort Melaka sebagai sebahagian daripada hadiah cabutan bertuah Piala Sultan Selangor," katanya.

Pengerusi dan Pengurus Pasukan The Sultan of Selangor’s Cup 2025, Tan Sri Abdul Karim Munisar bercakap kepada media ketika Majlis Penyampaian Cek Sumbangan 'The Sultan of Selangor's Cup 2025 di Istana Alam Shah, Klang pada 28 Ogos 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Beliau berkata demikian ketika Sembah Ucapan pada majlis penyampaian cek sumbangan TSSC 2025 dan jamuan teh di Istana Alam Shah Klang, di sini, hari ini.

Hadir mengiringi baginda, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Edisi ke-21 kejohanan itu dijadual berlangsung 27 September ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur lokasi bersejarah yang kembali dipilih menjadi gelanggang perlawanan buat tahun kedua berturut-turut.

Tahun lalu stadium sama menjadi saksi kehadiran lebih 20,000 penyokong meskipun dalam keadaan hujan lebat, menyaksikan Selangor mengatasi Singapura 2-1 dan mencipta kemenangan hatrik tiga tahun berturut-turut bagi 2019, 2023 dan 2024.

Menurut Abd Karim lagi, TSSC bukan sekadar perlawanan biasa, sebaliknya menjadi acara simbolik yang menghimpunkan semangat persaudaraan dan nostalgia bola sepak tempatan antara dua kuasa besar serantau – Selangor dan Singapura yang pernah bertemu sebanyak 23 kali di pentas akhir Piala Malaysia.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.