ad

KEADILAN Selangor kecam serangan terhadap anak Rafizi, perbuatan di luar perikemanusiaan

14 Ogos 2025, 12:34 PM
KEADILAN Selangor kecam serangan terhadap anak Rafizi,  perbuatan di luar perikemanusiaan

SHAH ALAM, 14 OGOS: Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor mengutuk keras serangan terhadap anak Datuk Seri Rafizi Ramli di sebuah kompleks membeli-belah, semalam

Ketua Penerangannya Saifuddin Shafi Muhammad berkata serangan melibatkan keluarga anak Ahli Parlimen Pandan itu dianggap perbuatan di luar perikemanusiaan dan tidak wajar berlaku.

"Tindakan itu diluar perikemanusiaan dan tidak sewajarnya berlaku kepada mana-mana warganegara di dalam negara yang aman damai dan harmoni ini," katanya menerusi kenyataan.

Semalam, Rafizi menerusi hantaran di Facebook memaklumkan seorang lelaki telah mengheret anaknya dan mencucuk dengan jarum suntikan.

Hari ini, beliau mendedahkan isterinya menerima ugutan pagi tadi susulan insiden melibatkan anak lelakinya yang disuntik individu tidak dikenali semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 2 petang di kawasan mengambil dan menurunkan penumpang di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, ketika mangsa seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan berada bersama-sama ibunya dan pemandu mereka.

Susulan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan siasatan terhadap tersebut akan dijalankan secara telus, rapi dan menyeluruh.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.