ad

Bekas ahli Parlimen Sabak Bernam meninggal dunia

8 Ogos 2025, 6:53 AM
Bekas ahli Parlimen Sabak Bernam meninggal dunia

SHAH ALAM, 8 OGOS: Bekas Ahli Parlimen Sabak Bernam Datuk Mat Yasir Ikhsan, 78, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 3 pagi tadi akibat sakit tua.

Perkara itu disahkan anak lelakinya, Azwan Mat Yasir, 45, menerusi hantaran di laman Facebook.

Beliau memaklumkan jenazah bapanya akan diurus dan disolatkan di Surau Raudhah Al Muttaqin, Seksyen 4 di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, selepas solat asar.

"Mohon doa dari jiran dan sahabat untuk arwah. Semoga perjalanannya ke alam barzakh diberkati," katanya menerusi hantaran itu.

Mat Yasir merupakan bekas wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar antara 1999 hingga 2004 serta Parlimen Sabak Bernam pada 2004 hingga 2008.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.