Sertai Anugerah Landskap Shah Alam, peluang menangi wang tunai terkumpul RM23,500

7 Ogos 2025, 12:04 PM
Sertai Anugerah Landskap Shah Alam, peluang menangi wang tunai terkumpul RM23,500
Sertai Anugerah Landskap Shah Alam, peluang menangi wang tunai terkumpul RM23,500

SHAH ALAM, 7 OGOS: Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM23,500 menanti pemenang Pertandingan Anugerah Landskap Shah Alam sempena sambutan 25 tahun jubli perak bandar raya itu.

Dibuka dari 10 Ogos hingga 10 Oktober, Pertandingan anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu membabitkan dua kategori iaitu premis kediaman individu dan stesen minyak.

“Anugerah Landskap Shah Alam 2025 sebuah pentas eksklusif bagi menonjolkan laman terbaik, ilham kreatif dan inisiatif hijau yang menjadi kebanggaan bandar raya ini.

“Adakah laman rumah anda lebih dari sekadar hiasan? Adakah stesen minyak anda tampil segar dengan elemen hijau dan lestari? Inilah masanya untuk menyerlahkan cita rasa dan kecintaan anda terhadap landskap,“ kata MBSA dalam hantaran di Facebook.

Bagi kategori premis kediaman individu, penyertaan dibuka kepada empat jenis rumah iaitu:

  • Rumah banglo

  • Rumah teres

  • Rumah berkembar (semi-D)

  • Rumah tradisional

Manakala kategori stesen minyak menekankan integrasi elemen hijau dan konsep moden, sejajar dengan imej Shah Alam sebagai bandar pintar dan lestari.

Pemenang bagi setiap ketegori akan menerima hadiah berikut:

  • Tempat pertama: RM1,500

  • Tempat kedua: RM1,000

  • Tempat ketiga: RM700

  • Tempat keempat hingga kelapan: RM300 setiap seorang

Untuk maklumat lanjut, terma dan syarat serta borang penyertaan, orang ramai boleh melayari pautan: https://drive.google.com/drive/folders/15xDv6YIcUWg5vFlvL3O3cSruMObdJFj7 atau imbas kod QR yang disediakan pada poster rasmi.