ad

Paya Jaras, Sementa antara lima lokasi Jualan Ehsan Rahmah hari ini

5 Ogos 2025, 11:50 PM
Paya Jaras, Sementa antara lima lokasi Jualan Ehsan Rahmah hari ini
Paya Jaras, Sementa antara lima lokasi Jualan Ehsan Rahmah hari ini
Paya Jaras, Sementa antara lima lokasi Jualan Ehsan Rahmah hari ini
Paya Jaras, Sementa antara lima lokasi Jualan Ehsan Rahmah hari ini
Paya Jaras, Sementa antara lima lokasi Jualan Ehsan Rahmah hari ini

SHAH ALAM, 5 OGOS: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan keperluan harian pada harga rendah apabila Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kembali berlangsung di lima lokasi sekitar Selangor, hari ini.

Program anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu menawarkan pelbagai barangan asas pada harga istimewa.

Antara yang menjadi tumpuan ialah ayam seekor dan daging pejal – masing-masing dijual pada harga RM10, selain telur sepapan (RM8), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak dua kilogram (RM10) dan beras lima kilogram (RM12).

Barangan lain yang turut ditawarkan termasuk tepung (RM2), sardin (RM5.50), bihun (RM2.50), biskut jagung (RM3), sabun pencuci baju (RM16) dan lampin pakai buang bayi (RM12).

Berikut lokasi JER pada Rabu:

Belanjawan Selangor 2025 memperuntuk RM30 juta bagi pelaksanaan JER. Pentadbiran negeri turut menyasarkan pembukaan 10 premis Ehsan Mart menjelang akhir tahun ini. Cawangan pasar raya tersebut telah beroperasi di Sungai Tua, Pandan Indah dan bakal dibuka di Hulu Kelang.

Pasar raya kendalian PKPS itu menawarkan barangan asas pada harga 10 hingga 15 peratus lebih rendah daripada pasaran. Ehsan Mart yang diwujudkan sebagai penambahbaikan program JER turut menyasarkan pembukaan di 56 kawasan DUN menjelang 2027.

Selain itu, PKPS dengan kerjasama Segi Fresh menyasarkan pembukaan 10 cawangan Pasaraya Ehsan Segi Fresh. Pasar raya pertama telah dibuka di Bagan Nakhoda Omar, Bernam Jaya.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.