Gempa bumi sederhana di selatan Laut Maluku, tiada ancaman tsunami

1 Ogos 2025, 1:10 AM
Gempa bumi sederhana di selatan Laut Maluku, tiada ancaman tsunami

KUALA LUMPUR, 1 OGOS: Satu gempa bumi sederhana berukuran magnitud 5.4 pada skala Richter berlaku di Selatan Laut Maluku, Indonesia, awal pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berlaku pada 6.12 pagi dengan koordinat 0.2 darjah selatan dan 126.1 darjah timur, pada kedalaman 114 kilometer.

“Lokasi gempa adalah 177 kilometer barat laut dari Rantau Barat Papua, Indonesia. Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web rasmi MetMalaysia dan saluran media sosial agensi berkenaan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.