ad
AGENDA

TBG Mall cerminan komitmen Selangor pacu ekonomi inklusif dan mampan

27 Jul 2025, 2:01 PM
TBG Mall cerminan komitmen Selangor pacu ekonomi inklusif dan mampan
TBG Mall cerminan komitmen Selangor pacu ekonomi inklusif dan mampan
TBG Mall cerminan komitmen Selangor pacu ekonomi inklusif dan mampan

GOMBAK, 27 JULAI: Pembangunan TBG Mall di Terminal Bersepadu Gombak mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk terus memacu pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan berimpak tinggi, sejajar dengan aspirasi menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri pintar dan hijau.

Dato' Menteri Besar berkata, hab pelbagai guna itu bukan sekadar menyediakan kemudahan moden kepada rakyat, malah membuka peluang luas kepada usahawan tempatan dan komuniti setempat untuk terlibat secara aktif dalam pembangunan ekonomi negeri.

[caption id="attachment_712638" align="aligncenter" width="704"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari merasmikan TBG Mall, Terminal Bersepadu Gombak pada 26 Julai 2025. Foto Facebook Amirudin Shari[/caption]

"TBG Mall merupakan sebuah hab pelbagai guna yang menggabungkan elemen komersial, pengangkutan, gaya hidup dan komuniti, menepati ciri sebuah pembangunan moden dan mampan.

"TBG Mall mampu memberi nilai tambah kepada Gombak, malah turut membuka peluang pekerjaan dan keusahawanan untuk masyarakat setempat," kata Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Facebook.

Beliau sebelum itu merasmikan TBG Mall, Terminal Bersepadu Gombak yang telah beroperasi sejak Mac lalu.

Dengan lebih 370,000 kaki persegi ruang niaga, bangunan tujuh tingkat itu menempatkan lebih 130 lot perniagaan, 1,200 petak parkir, ruang dewan, kemudahan sukan seperti pickleball, serta akses terus ke LRT dan bakal disambungkan ke rangkaian ECRL kelak.

"Dengan lebih 130 lot perniagaan yang kini sudah 85 peratus diisi dengan pelbagai jenis perniagaan, ia bakal menjadi pemangkin ekonomi baharu di kawasan ini," katanya lagi.

[caption id="attachment_712637" align="aligncenter" width="705"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap pada majlis perasmian TBG Mall, Terminal Bersepadu Gombak pada 26 Julai 2025. Foto Facebook Amirudin Shari[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.