ad
AGENSI

Sabak Bernam, Kuala Selangor diramal hujan lebat hingga 3 petang

27 Jul 2025, 5:21 AM
Sabak Bernam, Kuala Selangor diramal hujan lebat hingga 3 petang

SHAH ALAM, 27 JUL: Dua daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam dan Kuala Selangor diramal hujan lebat hingga 3 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca sama turut melanda beberapa daerah di Perak.

MetMalaysia menerusi Facebook menjelaskan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.