ad
AGENDA

MB: Selangor perkasa TVET, bentuk negeri berteknologi tinggi

26 Jul 2025, 8:06 AM
MB: Selangor perkasa TVET, bentuk negeri berteknologi tinggi
MB: Selangor perkasa TVET, bentuk negeri berteknologi tinggi
MB: Selangor perkasa TVET, bentuk negeri berteknologi tinggi

SHAH ALAM, 26 JULAI: Pemerkasaan program pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) mampu membentuk Selangor menjadi negeri berteknologi tinggi pada masa hadapan, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata pelbagai inisiatif telah dilaksana Kerajaan Negeri setakat ini termasuk merancang untuk mengembangkan program TVET di sekolah-sekolah menengah tahun hadapan.

"Tahun hadapan penerokaan TVET bukan sahaja diteruskan dengan inisiatif Kemahiran Teknikal dan Iktisas Smart Selangor (IKTISASS), serta memperkukuh Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC), tetapi tahun depan akan teroka di sekolah-sekolah menengah supaya pelajar cemerlang dan berminat diberi pendedahan awal.

[caption id="attachment_712421" align="aligncenter" width="703"] Dato' menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan sijil kepada graduan sempena Majlis konvokesyen ke-24 Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 26 Julai 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Kita juga akan mula mengubah Universiti Selangor (Unisel) menjadi universiti teknologi dan vokasional. Menerusi usaha ini, kita dapat menyusun semula graduan supaya dapat melanjutkan pengajian TVET ke peringkat lebih tinggi.

"Usaha ini mampu menjadikan Selangor sebagai negeri berteknologi tinggi sekali gus mampu mengisi sektor-sektor berkaitan dengan mahasiswa kita selain menawarkan gaji lebih tinggi," ucapnya pada Majlis Konvokesyen ke-24 Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan sijil graduasi kepada 360 graduan pelbagai bidang kemahiran. Amirudin turut menyampaikan Anugerah Khas Menteri Besar Selangor kepada graduan sektor penyamanan udara Muhammad Adam Zikri Harun.

[caption id="attachment_712415" align="aligncenter" width="709"] Dato' menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan Anugerah Khas Dato' Menteri Besar kepada graduan Muhammad Adam Zikri Harun sempena Majlis konvokesyen ke-24 Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 26 Julai 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Pada masa sama, Amirudin memaklumkan kerjasama dengan rakan industri tempatan dan antarabangsa menjadikan Selangor terus ke hadapan dalam melahirkan generasi berkemahiran.

"Sebelum ini, kita kerjasama dengan SIEMENS, FESTO dan disambut pula dengan pemain industri global lain seperti GOOGLE dan banyak lain.

"Baru-baru ini, kita dihubungi BMW pula... maka selepas ini, graduan STDC bukan sahaja menjadi mekanik mahir untuk Proton dan Perodua tetapi BMW juga akan ada," jelasnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.