SHAH ALAM, 22 JUL: Tujuh daerah di Selangor iaitu Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 3 petang.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca sama turut melanda Kuala Lumpur, Putrajaya dan seluruh Negeri Sembilan, Melaka dan Johor selain beberapa kawasan di Pahang.
MetMalaysia menjelaskan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.
Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.


