ad
AGENDA

Hussein terajui JSJN, latar belakang kukuh mampu perkasa jabatan

21 Jul 2025, 5:29 AM
Hussein terajui JSJN, latar belakang kukuh mampu perkasa jabatan

KUALA LUMPUR, 21 JULAI: Latar belakang kukuh dalam bidang siasatan jenayah dimiliki Datuk Hussein Omar Khan diyakini mampu membolehkannya menerajui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) yang semakin mencabar dan dinamik, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Mohd Ismail.

Beliau berkata pelantikan Hussein sebagai Pengarah JSJN yang baharu merupakan kepercayaan pucuk pimpinan terhadap pengalaman luas beliau.

"Berbekalkan latar belakang yang kukuh, saya optimis beliau mampu memimpin dan memperkasakan lagi peranan JSJN dalam menangani cabaran jenayah narkotik yang semakin kompleks dan dinamik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSJN di Mes Pegawai Kanan Polis di Bukit Aman di sini, hari ini.

Terdahulu Mohd Khalid menyaksikan penyerahan nota serah terima tugas dan tongkat kuasa jawatan Pengarah JSJN Bukit Aman daripada Pemangku Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali kepada Hussein dalam majlis yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.