ad
AGENDA

Remaja umur 14 tahun lemas ketika mandi sungai

20 Jul 2025, 1:45 PM
Remaja umur 14 tahun lemas ketika mandi sungai

SEGAMAT, 20 JULAI: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus ketika mandi di Sungai Segamat, di belakang sebuah taman rekreasi di sini, petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Segamat Penolong Penguasa Bomba Mohd Hazim Abd Razak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kehilangan remaja itu pada 4.08 petang.

“Pasukan bomba membuat pencarian di sepanjang sungai menggunakan bot dan mangsa ditemukan di tebing sungai kira-kira lima kilometer dari lokasi dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hazim berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 11 anggota bomba ditamatkan pada 6.40 petang.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.