ad
BERITA UTAMA

Saringan kesihatan percuma di Taman Medan hari ini, daftar di SELangkah

19 Jul 2025, 12:00 AM
Saringan kesihatan percuma di Taman Medan hari ini, daftar di SELangkah
Saringan kesihatan percuma di Taman Medan hari ini, daftar di SELangkah

SHAH ALAM, 19 JULAI: Orang ramai dipelawa menyertai program saringan kesihatan secara percuma peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan, hari ini.

Bermula 9 pagi hingga 3 petang, EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin berkata Selangor Saring berlangsung di Dewan Serbaguna PJS 2C/6, Petaling Jaya.

“Jom ramai-ramai berkunjung ke lokasi program saringan kesihatan di kawasan Taman Medan.

“Ambil peluang ini untuk melakukan saringan kesihatan percuma bagi pemeriksaan fizikal, darah, urin, kanser, mata, gigi dan lain-lain,” katanya di Facebook.

Orang ramai boleh mendaftar Selangor Saring di aplikasi SELangkah melalui empat langkah berikut:

1. memuat turun SELangkah

2. tekan butang Selangor Saring

3. isi borang soal selidik

4. pilih lokasi dan tarikh program

Sebarang masalah boleh hubungi hotline Selcare 1-800-22-6600.

Sebelum ini, Jamaliah memaklumkan 2,190 individu menjalani pemeriksaan kesihatan percuma menerusi program itu dari Februari hingga 15 Jun tahun ini.

Katanya setakat ini, program berkenaan selesai dianjurkan di 15 DUN dan akan diteruskan secara berperingkat ke kawasan lain sepanjang tahun ini.

Program Selangor Saring antara usaha membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal dengan menyasar individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.