ad
ADN

Kerajaan Negeri lulus dana RM60,000 baik pulih empat sekolah

14 Jul 2025, 6:18 AM
Kerajaan Negeri lulus dana RM60,000 baik pulih empat sekolah

SHAH ALAM, 14 JULAI: Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan sejumlah RM60,000 bagi kerja membaik pulih sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua dan DUN Semenyih.

Ahli Dewan Negeri Dusun Tua Datuk Johan Abdul Aziz berkata dana disalur di bawah program Bantuan Sekolah Negeri dan sebanyak empat sekolah dipilih menerima inisiatif ini bagi kedua-dua DUN.

“Sekolah disenarai untuk menerima dana adalah di SK Tun Abdul Aziz Majid dan SK Dusun Tua bagi DUN Dusun Tua manakala DUN Semenyih pula SK Bandar Rinching serta SMK Khir Johari.

“Kerja baik pulih akan menumpukan membaiki infrastruktur, longkang dan bumbung yang telah uzur,” katanya kepada Media Selangor.

Wakil rakyat itu turut merakam penghargaan kepada Dato’ Menteri Besar Dato’ Sri Amirudin Shari atas keprihatinan untuk memastikan sekolah di negeri ini berada dalam keadaan baik dan selesa.

“Penyerahan cek dijangka bulan ini, sejurus selepas itu kerja baik pulih boleh dimulakan,” ujarnya lagi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.