ad
AGENDA

Buku ilustrasi bendung ketagih gajet, cadang perluas program membaca ke sekolah

13 Jul 2025, 1:10 AM
Buku ilustrasi bendung ketagih gajet, cadang perluas program membaca ke sekolah
Buku ilustrasi bendung ketagih gajet, cadang perluas program membaca ke sekolah
Buku ilustrasi bendung ketagih gajet, cadang perluas program membaca ke sekolah
Buku ilustrasi bendung ketagih gajet, cadang perluas program membaca ke sekolah

Oleh Nur Azyyati Omar

SHAH ALAM, 13 JULAI: Buku dengan ilustrasi menarik serta berwarna-warni boleh menarik minat kanak-kanak untuk membaca sekali gus mengurangkan ketagihan gajet.

Golongan ibu yang ditemui Media Selangor berkata ilustrasi yang kreatif dan imaginatif dapat membantu kanak-kanak membayangkan suasana dan watak dalam cerita, serta mengembangkan daya pemikiran.

Mencadangkan program membaca buku ilustrasi diperluas ke sekolah, Anizon Hussin, 47 tahun berkata, ilustrasi yang berwarna-warni menjadi faktor utama menarik perhatian anak-anak untuk membaca.

[caption id="attachment_710091" align="aligncenter" width="660"] Anizon Hussin[/caption]

“Perkara yang saya lihat kalau hendak beli buku anak adalah cara penyampaian buku melalui lukisan dan tulisan yang besar supaya dapat tarik perhatian mereka untuk membaca

“Sekarang kita berhadapan dengan peningkatan penggunaan gajet jadi kita perlukan buku yang hidup dengan ilustrasi dan warna.

"Namun dalam masa sama ibu bapa juga perlu memainkan peranan. Bawalah anak ke perpustakaan dan atau acara seperti ini bagi menanam minat membaca sejak kecil," katanya ditemui dalam Persidangan Kebangsaan Ilustrasi Buku Kanak-Kanak di Pustaka Raja Tun Uda di Seksyen 13 di sini, semalam.

[caption id="attachment_710092" align="aligncenter" width="660"] Hikmah Hassan[/caption]

Bagi Hikmah Hassan 43 tahun, buku ilustrasi dapat menanam minat awal kanak-kanak dalam dunia seni dan penulisan.

"Ilustrasi dalam buku bukan sekadar gambar untuk menarik minat membaca. Ilustrasi yang menghiasai buku membantu untuk mendidik, menghiburkan dan menginspirasi kanak-kanak. 

“Saya percaya pengalaman membaca menjadi lebih menarik. Pembaca dapat berhubung dengan kandungan secara lebih mendalam. Sudah tentu ia menjadi pengalaman yang amat menarik terutama untuk kanak-kanak," katanya.

Beliau berkata kanak-kanak juga perlu didedahkan enggan potensi menjadi pengkarya selain kerjaya seperti doktor.

[caption id="attachment_710093" align="aligncenter" width="660"] Pearl Devagi[/caption]

Seorang lagi ibu, Pearl Devagi, 35 berkata anaknya, Aayushi Yeogeswaran mula menulis buku sendiri pada usia enam tahun dan berjaya menerbitkannya ketika berumur tujuh tahun.

"Antara karya yang dihasilkan termasuklah ‘Unicorn and Little Amanda’ serta ‘Silly Monster and Amanda’ yang memaparkan dunia imaginasi dan mesej positif sesuai untuk kanak-kanak," katanya.

Beliau berkata minat itu lahir selepas anaknya terdedah kepada buku bergambar dan ilustrasi berwarna sejak bayi lagi.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.