AGENDA

Belukar seluas 0.8 hektar terbakar di Pandamaran, Pelabuhan Klang

31 Jul 2025, 2:10 PM
Belukar seluas 0.8 hektar terbakar di Pandamaran, Pelabuhan Klang

SHAH ALAM, 31 JULAI: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor sedang giat memadamkan kebakaran belukar seluas 0.8 hektar (2 ekar) di Pandamaran, Pelabuhan Klang dekat sini malam ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata usaha pemadaman masih dijalankan sejak pihaknya tiba di lokasi kebakaran kira-kira 7.20 petang tadi.

"Bomba dimaklumkan mengenai inisiden melalui panggilan lebih kurang 6.58 petang tadi dan telah menggerakkan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas," katanya.

Beliau berkata operasi bagi mengawal kebakaran tersebut melibatkan kekuatan seramai lapan anggota dan pegawai.

Terdahulu, tular di laman sosial video berdurasi 11 saat yang memaparkan api sedang marak dipercayai berhampiran sebuah kawasan perindustrian.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.