ad
AGENDA

Festival Bon Odori tonjol semangat muhibah, pelbagai kaum hadir meriahkan acara

12 Jul 2025, 2:58 PM
Festival Bon Odori tonjol semangat muhibah, pelbagai kaum hadir meriahkan acara
Festival Bon Odori tonjol semangat muhibah, pelbagai kaum hadir meriahkan acara
Festival Bon Odori tonjol semangat muhibah, pelbagai kaum hadir meriahkan acara
Festival Bon Odori tonjol semangat muhibah, pelbagai kaum hadir meriahkan acara
Festival Bon Odori tonjol semangat muhibah, pelbagai kaum hadir meriahkan acara
Festival Bon Odori tonjol semangat muhibah, pelbagai kaum hadir meriahkan acara

SUBANG JAYA, 12 JUL: Festival Bon Odori 2025 yang disambut sempena pesta kebudayaan musim panas Jepun mendapat sambutan hangat pelbagai lapisan masyarakat sekali gus mengukuhkan keharmonian rakyat berbilang kaum di Selangor.

Festival yang berlangsung di parkir terbuka Sunway City dari 4 petang hingga 11 malam hari ini dan esok, mula dibanjiri pengunjung sejak 3 petang tadi, rata-rata mengenakan pakaian tradisional Jepun seperti kimono, yukata dan hakama termasuk rakyat tempatan.

[caption id="attachment_710134" align="aligncenter" width="715"] Pengunjung menari ketika sambutan Festival Bon Odori Ke-49 di Sunway Pinnacle, Subang Jaya pada 12 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Festival yang masuk edisi ke-49 tahun ini, turut menawarkan kira-kira 100 gerai menjual makanan Jepun seperti sushi, daging panggang dan mi ramenselain snek, barangan buatan tangan dan pelbagai cenderamata unik.

Kira-kira jam 6.45 petang, pengunjung disajikan dengan tarian Bon Odori yang berlangsung dalam formasi bulatan mengelilingi menara dram (yagura) diiringi paluan gendang yang melambangkan semangat bersama, kenangan dan hubungan antara manusia.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turut hadir memeriahkan acara kira-kira jam 7.50 malam dan meluangkan masa menonton beberapa persembahan kesenian Jepun.

[caption id="attachment_710137" align="aligncenter" width="748"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turut sama memeriahkan sambutan Festival Bon Odori Ke-49 di Sunway Pinnacle, Subang Jaya pada 12 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Sementara itu, EXCO Pelancongan dan Kebudayaan Dato’ Ng Suee Lim berkata festival tahunan itu dijangka menarik kehadiran sehingga 50,000 pengunjung dan merupakan antara acara penting yang memperkukuh hubungan pelbagai kaum di negeri ini.

“Saya percaya penganjuran festival seumpama ini dapat meningkatkan kesalinghubungan antara komuniti merentas sempadan.

“Kami mengalu-alukan penganjuran lebih banyak perayaan berbilang budaya di seluruh negeri yang jelas mencerminkan identiti Selangor sebagai sebuah negeri contoh dalam memupuk perpaduan dan keharmonian, sejajar dengan semangat Kita Selangor,” katanya.

Festival turut mendapat perhatian anak muda termasuk Shiina Richard, 27, yang hadir buat kali ketiga kerana meminati budaya Jepun dan ingin merasai suasana perayaan secara langsung.

[caption id="attachment_710139" align="aligncenter" width="755"] Shiina Richard, 27,[/caption]

“Saya biasa cari makanan Jepun di sini kerana ada yang sukar ditemui di tempat lain. Saya juga turut belajar bahasa Jepun kerana meminati budaya mereka,” katanya.

Mihiro Tomachi, 26, warga Jepun yang bekerja di Malaysia, menyifatkan festival itu sebagai satu penghargaan terhadap budaya negaranya dan menjadi medium untuk mengubat rindu kepada tanah air.

[caption id="attachment_710140" align="aligncenter" width="721"] Mihiro Tomachi, 26,[/caption]

“Saya terkejut ada festival berkaitan Jepun diadakan di Malaysia. Ia sangat bagus dengan menampilkan pelbagai tarikan seperti makanan dan banyak lagi,” katanya.

Bon Odori yang diadakan sejak hampir setengah abad di Malaysia bukan sahaja mempromosi budaya Jepun tetapi juga meraikan jalinan persahabatan antara kedua-dua negara, seiring Tahun Melawat Selangor 2025.

Pada 8 Jun 2022, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan pandangan bahawa perayaan budaya seperti Bon Odori mampu mengeratkan semangat muhibah antara rakyat Malaysia dan komuniti Jepun di negara ini.

[caption id="attachment_710138" align="aligncenter" width="733"] Orang ramai meraikan sambutan Festival Bon Odori Ke-49 di Sunway Pinnacle, Subang Jaya pada 12 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.