ad
AGENDA

Amaran hujan lebat, ribut petir di enam negeri hingga 11 pagi

11 Jul 2025, 2:00 AM
Amaran hujan lebat, ribut petir di enam negeri hingga 11 pagi

KUALA LUMPUR, 11 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri dan Labuan hingga 11 pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan kawasan Bandar Baharu di Kedah dan Pulau Pinang meliputi daerah Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Keadaan sama dijangka berlaku di Perak melibatkan kawasan Kerian, Selangor (Kuala Selangor dan Klang) serta Johor (Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Sabah membabitkan kawasan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) serta Kudat.

-- BERNAMA