AGENSI

Jaga kesihatan mental, emosi anak, cetus inspirasi kejar impian

10 Jul 2025, 7:27 AM
Jaga kesihatan mental, emosi anak, cetus inspirasi kejar impian
Jaga kesihatan mental, emosi anak, cetus inspirasi kejar impian
Jaga kesihatan mental, emosi anak, cetus inspirasi kejar impian
Jaga kesihatan mental, emosi anak, cetus inspirasi kejar impian

Oleh Nur Azyyati Omar

SEMENYIH, 7 JULAI: Golongan dewasa perlu memainkan peranan membimbing anak-anak muda dengan nilai kasih sayang serta keharmonian sekaligus menjadi pewaris negara yang cemerlang.

Penaung Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), Datin Seri Masdiana Muhammad berkata dunia kini memerlukan keprihatinan pelbagai pihak untuk menjaga kesihatan mental dan emosi anak-anak termasuk mencetuskan inspirasi untuk terus mengejar impian.

[caption id="attachment_709640" align="alignleft" width="404"] Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad berucap ketika majlis penutup program Impian Anak Malaysia di Semenyih Ecoventure Resort Recreation, Hulu Langat pada 6 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Adalah menjadi tanggungjawab utama orang dewasa untuk membentuk dan membimbing anak-anak yang merupakan pewaris bangsa Malaysia.

"Anak-anak ini adalah harapan negara yang perlu diberikan perhatian dan kasih sayang secukupnya. Jadi, menjadi tugas kita untuk membentuk dan mencorak pewaris Malaysia," katanya.

Beliau berucap dalam majlis penutup Program MOVE JOURNEY: Impian Anak Malaysia - Dream Comes True yang berlangsung di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation.

Seramai 200 peserta berumur 11 hingga 16 tahun menyertai program yang berlangsung pada 4 hingga 6 Julai.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pembangunan diri, motivasi serta bimbingan kendiri yang bertujuan mencetuskan inspirasi untuk terus gigih mengejar impian.

Program tersebut melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan Orang Asli sekaligus membuktikan semangat perpaduan dan kesatuan yang menjadi tunjang keharmonian negara.

[caption id="attachment_709642" align="aligncenter" width="700"] Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad bergambar bersama peserta ketika majlis penutup program Impian Anak Malaysia di Semenyih Ecoventure Resort Recreation, Hulu Langat pada 6 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_709643" align="alignnone" width="700"] Peserta melafazkan ikrar ketika majlis penutup program Impian Anak Malaysia di Semenyih Ecoventure Resort Recreation, Hulu Langat pada 6 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]