ad
AGENDA

Harga RON97 dan RON95 kekal, diesel di Semenanjung naik tiga sen

9 Jul 2025, 10:05 AM
Harga RON97 dan RON95 kekal, diesel di Semenanjung naik tiga sen

KUALA LUMPUR, 9 JUL: Harga runcit RON97 dan RON95 kekal masing-masing pada RM3.18 dan RM2.05 seliter manakala harga diesel di Semenanjung Malaysia naik tiga sen kepada RM2.88 seliter bagi tempoh 10 hingga 16 Julai.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

Menurut kenyataan itu, penetapan kadar berkenaan berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dunia dan juga menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.

MOF memaklumkan kerajaan juga akan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.