AGENSI

SST: Jualan murah PKPS kekal harga rendah, bantu rakyat jimat belanja dapur

7 Jul 2025, 1:00 PM
SST: Jualan murah PKPS kekal harga rendah, bantu rakyat jimat belanja dapur
SST: Jualan murah PKPS kekal harga rendah, bantu rakyat jimat belanja dapur
SST: Jualan murah PKPS kekal harga rendah, bantu rakyat jimat belanja dapur
SST: Jualan murah PKPS kekal harga rendah, bantu rakyat jimat belanja dapur

SHAH ALAM, 7 JUL: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) tekad mengekalkan harga barangan asas pada kadar mampu milik bagi meringankan beban rakyat walaupun cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kembali dilaksanakan.

PKPS menerusi kenyataan menegaskan, pendekatan itu sejajar prinsip keprihatinan Kerajaan Negeri yang tidak mahu rakyat menanggung beban kos sara hidup secara bersendirian.

“Walaupun SST diperkenalkan, PKPS tetap kekal bersama rakyat dengan harga murah dan mampu milik kerana kami faham beban yang dirasai, dan kami tak akan biarkan anda terbeban sendirian,” tulis agensi itu di Facebook.

Jualan murah yang menjelajah ke lima lokasi serata negeri setiap hari kecuali Jumaat menawarkan pelbagai barangan asas pada harga jauh lebih rendah berbanding pasaran, antaranya:

  • Ayam seekor – RM10
  • Daging pejal – RM10/pek
  • Telur sepapan – RM8
  • Ikan kembung – RM6/pek
  • Minyak masak 2kg – RM10
  • Beras 5kg – RM12
  • Tepung – RM2
  • Sardin – RM5.50
  • Bihun – RM2.50
  • Biskut jagung – RM3
  • Sabun cuci baju – RM14
  • Lampin bayi pakai buang – RM10

Belanjawan Selangor 2025 memperuntuk RM30 juta bagi pelaksanaan JER. Pentadbiran negeri turut menyasarkan pembukaan 10 premis Ehsan Mart menjelang akhir tahun ini. Cawangan pasar raya tersebut telah beroperasi di Sungai Tua, Pandan Indah dan bakal dibuka di Hulu Kelang.

Pasar raya kendalian PKPS itu menawarkan barangan asas pada harga 10 hingga 15 peratus lebih rendah daripada pasaran. Ehsan Mart yang diwujudkan sebagai penambahbaikan program JER turut menyasarkan pembukaan di 56 kawasan DUN menjelang 2027.

[caption id="attachment_685822" align="aligncenter" width="725"] Orang ramai membeli barangan keperluan asas dalam program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Pasar Raya Ehsan Mart Sungai Tua Dataran Selayang, Gombak pada 6 Oktober 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Selain itu, PKPS dengan kerjasama Segi Fresh menyasarkan pembukaan 10 cawangan Pasaraya Ehsan Segi Fresh. Pasar raya pertama telah dibuka di Bagan Nakhoda Omar, Bernam Jaya.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

[caption id="attachment_605381" align="aligncenter" width="721"] Orang ramai berbelanja pada Jualan Ehsan Rahmah (JER) di pasar raya Segi Fresh Teluk Panglima Garang pada 30 September 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]