ad
BERITA UTAMA

Persiapan SUKMA 2026 capai 50 peratus, Selangor giat naik taraf kemudahan sukan

6 Jul 2025, 8:48 AM
Persiapan SUKMA 2026 capai 50 peratus, Selangor giat naik taraf kemudahan sukan
Persiapan SUKMA 2026 capai 50 peratus, Selangor giat naik taraf kemudahan sukan

SHAH ALAM, 6 JULAI: Kerja menaik taraf kemudahan sukan termasuk stadium, dewan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Pusat Akuatik Darul Ehsan di Seksyen 13, dijangka selesai Mac tahun depan.

EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi berkata persiapan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 kini mencapai sekitar 50 peratus dengan pelbagai usaha giat dilakukan bagi memastikan kelancaran temasya dwitahunan itu.

[caption id="attachment_708941" align="alignleft" width="401"] EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi ketika sidang media selepas majlis perasmian Selangor Future Cup 2025 di Aeon Shah Alam pada 22 Februari 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

"Ketika ini, Kerajaan Negeri giat membaik pulih dan menaik taraf kemudahan sukan. Kita melipatgandakan kerja untuk mempercepatkan baik pulih dan naik taraf. Menjelang Mac 2026, kita mahu semua kemudahan sukan ini berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan.

“Kemudahan sukan memang sudah ada di Selangor ini, cuma perlu tambah baik dan naik taraf,” katanya ditemui selepas menyempurnakan majlis penyampaian Insentif Haji Muassasah Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI-DUN Kota Anggerik 2025 di masjid negeri di sini, hari ini.

Pada 27 Jun, Mohd Najwan berkata Litar Antarabangsa Petronas Sepang (Petronas SIC) dimuktamadkan sebagai lokasi rasmi majlis pembukaan SUKMA Selangor 2026.

Jelas beliau, keputusan disahkan Sekretariat SUKMA Selangor untuk mencipta suasana kelainan berbanding di stadium sebelum ini dalam temasya dwi tahunan itu.

Pada pembentangan Belanjawan Negeri 2025, Dato’ Menteri Besar Dato’ Sri Amirudin mengumumkan peruntukan RM6 juta untuk melaksana program pembangunan sukan sebagai persiapan SUKMA ke-22.

Kali terakhir Selangor menjadi tuan rumah SUKMA ialah pada 1998 dan muncul juara keseluruhan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.