SHAH ALAM, 3 JULAI: Amaran hujan lebat dikeluarkan di Kuala Lumpur serta lima daerah di negeri ini iaitu Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat hingga 9 malam.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat disertai ribut petir juga melanda beberapa daerah di Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.
MetMalaysia menjelaskan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.
Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat
[caption id="attachment_708399" align="aligncenter" width="660"]
Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]


