ad
AGENDA

Melaka siasat dakwaan kesilapan khat kufi kalimah Allah

2 Jul 2025, 5:00 PM
Melaka siasat dakwaan kesilapan khat kufi kalimah Allah

MELAKA, 2 JULAI: Kerajaan Negeri Melaka sedang menyiasat dakwaan kesilapan dalam pemasangan khat kufi kalimah ‘Allah’ dengan ejaan yang kurang tepat.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata pihaknya sedang mengenal pasti masjid atau surau yang dipercayai melakukan kesalahan berkenaan.

Beliau berkata terdapat lebih 1,000 masjid dan surau di Melaka dan telah mengarahkan jabatan berkaitan menjalankan semakan bagi memastikan kesahihah dakwaan berkenaan.

“Jika benar di Melaka, pihak pengurusan masjid disyor melakukan perubahan segera. Usaha ini turut melibatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, seorang pempengaruh telah memuat naik dakwaan berhubung kesilapan dalam khat kufi di sebuah masjid di Melaka, yang mendapat pelbagai reaksi warga siber.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.