ad
AGENDA

Lima kereta 90 peratus musnah terbakar depan rumah teres

1 Jul 2025, 8:06 PM
Lima kereta 90 peratus musnah terbakar depan rumah teres

SHAH ALAM, 1 JULAI: Lima kenderaan yang diletakkan di hadapan rumah musnah dalam kebakaran di Taman Tropicana Aman, Telok Panglima Garang, dekat sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian pada 6.44 pagi sebelum sepasukan anggota dan pegawai digerakkan ke lokasi.

“Sejurus tiba, kita dapati berlaku kebakaran melibatkan lima kereta pelbagai jenis di hadapan rumah teres dua tingkat Kelas A berkeluasan 2,400 kaki persegi.

“Semua kenderaan terbabit terbakar 90 peratus. Kebakaran turut melibatkan bahagian hadapan dua rumah teres anggaran lima hingga 10 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata proses memadam kebakaran melibatkan enam anggota bersama sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) manakala jumlah kerugian dan punca kebakaran masih disiasat.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.