SHAH ALAM, 1 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Kuala Lumpur dan tiga daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Gombak dan Hulu Langat hingga 6 petang,
Amaran hujan lebat disertai ribut petir juga dijangka berlaku melibatkan beberapa daerah di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.
MetMalaysia menjelaskan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.
Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.
[caption id="attachment_707946" align="aligncenter" width="630"]
Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]


