ad
AGENSI

Daftar Khairat Darul Ehsan sepanjang Julai, semak lokasi berdekatan

30 Jun 2025, 4:30 PM
Daftar Khairat Darul Ehsan sepanjang Julai, semak lokasi berdekatan
Daftar Khairat Darul Ehsan sepanjang Julai, semak lokasi berdekatan
Daftar Khairat Darul Ehsan sepanjang Julai, semak lokasi berdekatan

SHAH ALAM, 30 JUN: Individu layak boleh mendaftar Skim Khairat Darul Ehsan (KDE) di lokasi terpilih sepanjang Julai ini menerusi kaunter bergerak anjuran Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Berikut jadual dan lokasi kaunter pendaftaran KDE:

Skim KDE merupakan inisiatif Kerajaan Selangor yang menawarkan pampasan kematian sebanyak RM1,000 kepada penduduk negeri ini khususnya warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Orang ramai disaran hadir mengikut lokasi yang terdekat untuk membuat pendaftaran atau mengemaskini maklumat. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang kde.yawas.com.my.

EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari sebelum ini memberitahu lebih 25,000 individu layak menerima pampasan RM1,000 setakat ini.

Sehubungan itu, Anfaal menggalakkan golongan berusia 50 tahun ke atas serta OKU untuk mendaftar skim berkenaan yang dibuka sejak 1 Jun hingga 31 Disember 2025.

Menerusi Belanjawan Selangor 2024, Kerajaan Negeri memperuntuk RM20 juta untuk menjayakan KDE dengan sasaran seramai 20,000 penerima.

Sebelum ini, pembayaran khairat kematian menerusi SMUE pernah dihentikan pada Mei 2019 sebelum disambung semula pada 2021 dengan peruntukan RM7.5 juta dan bantuan RM500.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.