ad
ADN

Dua dekad tunggu PR isteri, pengusaha hotel akhirnya temui harapan di Program MyIdentiti

29 Jun 2025, 5:00 PM
Dua dekad tunggu PR isteri, pengusaha hotel akhirnya temui harapan di Program MyIdentiti
Dua dekad tunggu PR isteri, pengusaha hotel akhirnya temui harapan di Program MyIdentiti
Dua dekad tunggu PR isteri, pengusaha hotel akhirnya temui harapan di Program MyIdentiti
Dua dekad tunggu PR isteri, pengusaha hotel akhirnya temui harapan di Program MyIdentiti
Dua dekad tunggu PR isteri, pengusaha hotel akhirnya temui harapan di Program MyIdentiti

Oleh Muhammad Rey Hazriell

SHAH ALAM, 29 JUN: Selepas lebih dua dekad menanti, seorang pengusaha hotel akhirnya melihat sinar harapan dalam usaha mendapatkan status Penduduk Tetap (PR) untuk isterinya yang merupakan warganegara Indonesia.

Abdul Acthuthan Nair, 51, berkata beliau hadir bersama isterinya, Effa Familia Indah Sumulang, ke Program MyIdentiti di Dewan Aster, Bukit Rimau hari ini dengan harapan agar dokumen pengenalan diri pasangan dapat diuruskan secara sah.

[caption id="attachment_707658" align="aligncenter" width="740"] Abdul Acthuthan Nair, 51,[/caption]

“Kami sudah pergi ke imigresen dan IPK Selangor banyak kali, tapi tak ada respon. Tiap tahun hanya mampu memperbaharui visa,” katanya kepada Media Selangor.

Menurutnya, status PR sangat penting bagi memudahkan urusan seharian seperti mendapatkan rawatan perubatan, memohon pinjaman kewangan dan membeli insurans.

“Program seperti ini sangat membantu dan patut lebih dipromosikan sebab ramai orang seperti kami tak tahu ke mana nak rujuk dan tak tahu adanya program sebegini,” ujarnya.

[caption id="attachment_707654" align="aligncenter" width="814"] Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk hadir pada Program Myidentiti Dun Kota Kemuning di Dewan Aster, Bukit Rimau, Shah Alam pada 30 Jun 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Sementara itu, seorang jurujual, Nur Hayati Abu Nawas, 52, turut hadir untuk mendapatkan penyelesaian berhubung sijil kelahiran anaknya yang belum diperoleh meskipun pelbagai usaha telah dilakukan.

Menurutnya, beliau dan suami berhijrah ke Semenanjung sejurus selepas anak mereka dilahirkan di Sabah. Akibatnya, anak mereka tidak dapat bersekolah kerana tiada dokumen pengenalan yang sah.

[caption id="attachment_707657" align="aligncenter" width="789"] Nur Hayati Abu Nawas, 52,[/caption]

“Sebagai ibu, saya cuma nak pastikan anak saya dapat hidup normal dan ada masa depan macam orang lain,” katanya.

Bagi Liya, 46, dari Kalimantan, penantian sejak 2017 untuk mendapatkan sijil kelahiran anaknya mendorong beliau menyertai program berkenaan.

Anaknya masih belum memiliki MyKid dan mengalami kesukaran untuk bersekolah seperti kanak-kanak lain.

[caption id="attachment_707656" align="aligncenter" width="814"] Liya, 46,[/caption]

"Saya tidak mahu gunakan agent kerana saya hormat dan sayangkan negara, jadi saya berharap program ini dapat membantu saya untuk mendapat sijil kelahiran buat anak saya," katanya.

MyIdentiti merupakan inisiatif Pejabat Dewan Undangan Negeri Kota Kemuning dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)  bagi membantu penduduk menyelesaikan pelbagai isu berkaitan dokumentasi seperti kad pengenalan, kewarganegaraan, sijil kelahiran dan status anak angkat.

Menerusi program ini, orang ramai boleh berurusan terus dengan pegawai JPN tanpa perlu melalui ejen atau pihak ketiga.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.