AGENSI

Ekspo Hasil Suri Selangor bantu usahawanita dari 56 DUN luaskan pasaran

28 Jun 2025, 4:30 PM
Ekspo Hasil Suri Selangor bantu usahawanita dari 56 DUN luaskan pasaran
Ekspo Hasil Suri Selangor bantu usahawanita dari 56 DUN luaskan pasaran
Ekspo Hasil Suri Selangor bantu usahawanita dari 56 DUN luaskan pasaran
Ekspo Hasil Suri Selangor bantu usahawanita dari 56 DUN luaskan pasaran
Ekspo Hasil Suri Selangor bantu usahawanita dari 56 DUN luaskan pasaran

Oleh Aida Nyan

SHAH ALAM, 28 JUN: Ekspo Hasil Suri Selangor (HaSSel) yang berlangsung sempena Konvensyen Wanita Selangor 2025 bukan sekadar medan jualan, sebaliknya menjadi landasan penting buat usahawanita memperkenal dan mengembangkan produk mereka.

Berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini, program anjuran Wanita Berdaya Selangor (WBS) itu menghimpunkan peserta dari 56 DUN yang sebelum ini menerima latihan dan bimbingan menerusi Pusat Wanita Berdaya (PWB).

Penyelia PWB DUN Kota Damansara, Nurasyikin Maarum, 50, menyifatkan ekspo berkenaan sebagai peluang terbaik untuk menonjolkan produk keluaranhasil bimbingan pusat berkenaan.

[caption id="attachment_707514" align="aligncenter" width="588"] Nurasyikin Maarum, 50,[/caption]

“Kalau produk tidak diketengahkan, ia sukar berkembang. Melalui program seperti ini, peserta berpeluang pamerkan hasil usaha mereka.

“Harapan saya agar konvensyen seperti ini diteruskan selari dengan keinginan Kerajaan Negeri kerana semua peserta dari 56 DUN telah dilatih dan dibimbing oleh PWB dan mempunyai produk kraftangan yang ingin diketengahkan,” katanya.

Seorang lagi peserta, Nurlena Nayan, 55, yang mengusahakan jenama Lina Crochetcun turut memanfaatkan sepenuhnya ekspo ini untuk mempromosikan aksesori dan barangan anyaman benang buatan tangan.

[caption id="attachment_707512" align="aligncenter" width="599"] Nurlena Nayan, 55,[/caption]

“Kami dapat memperkenalkan produk buatan tangan sepenuhnya dan membina rangkaian baharu. Program ini juga membantu meningkatkan pendapatan,” katanya.

Bagi Norliah Kamaruddin, 45, dari PWB Meru pula, produk rempah dan sambal yang dihasilkannya menerima sambutan luar biasa daripada pengunjung sejak awal pagi.

[caption id="attachment_707513" align="aligncenter" width="589"] Norliah Kamaruddin, 45,[/caption]

“Pagi tadi sahaja saya berjaya jual 20 unit sambal. Promosi WBS di media sosial amat membantu menarik ramai pelanggan.

“Harap WBS teruskan program ini kerana dapat menggalakkan kami memasarkan produk kami dengan lebih luas,” ujarnya.

HaSSel merupakan antara inisiatif di bawah program pemerkasaan ekonomi wanita Selangor yang menumpukan kepada hasil tangan, makanan dan kraftangan khususnya daripada peserta program latihan keusahawanan di 56 DUN.

[caption id="attachment_707505" align="aligncenter" width="803"] DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin (tengah) bersama EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari (dua,kanan) berkenan melawat reruai Ekspo Hasil Suri Selangor (HaSSel) sempena Konvensyen Wanita Selangor 2025 di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 28 Jun 2025.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.