SHAH ALAM, 28 JUN: Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menyempurnakan perasmian Konvensyen Wanita Selangor di Pusat Konvesyen Shah Alam (SACC) di sini, hari ini.
Pada majlis itu, Baginda diiringi EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan Mardi Corporation Sdn Bhd (MardiCorp) serta Kiddocare Malaysia.
MoU bersama MardiCorp bakal meneroka potensi kerjasama wanita dalam bidang teknologi pertanian serta produk berasaskan agokomoditi, manakala Kiddocare akan menyediakan sistem sokongan penjagaan kanak-kanak bersama WBS.
Tengku Permaisuri kemudian mengunjungi reruai di Ekspo Hasil Suri Selangor (HaSSel) yang mempamerkan produk komuniti wanita daripada pelbagai latar belakang dan tempat.
[caption id="attachment_707486" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menyampaikan titah perasmian Konvensyen Wanita Selangor 2025 di Pusat Konvesyen Shah Alam (SACC) pada 28 Jun 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]
Dalam pada itu, Anfaal berkata konvesyen julung kali itu disertai kira-kira 1,000 peserta dengan objektif untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja serta memperkasa potensi dan kapasiti ekonomi wanita.
“Konvesyen Wanita Selangor adalah sebuah wadah strategik untuk memperkasa wanita dalam bidang berimpak tinggi seperti kecerdasan buatan (AI), Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), ekonomi penjagaan dan keusahawanan.
“Konvesyen ini membuka ruang kepada wanita untuk meneroka peluang ekonomi baharu dan membina kemahiran masa depan yang relevan,” katanya kepada pemberita.
Menurut Anfaal, Kerajaan Negeri juga sedia mempertimbangkan untuk menjadikan konvesyen berkenan sebagai acara tahunan susulan maklum balas yang diterima daripada peserta.
Jelasnya, Konvesyen Wanita Selangor menyedia pelbagai inisiatif bagi membantu wanita, khususnya penyertaan dalam kegiatan ekonomi di komuniti masing-masing.
“Kita akan pertimbangkan (acara tahunan). Sebenarnya ada permintaan untuk diadakan dua hari tapi kita mulakan dengan sehari dahulu. Saya kira kita akan lihat maklum balas peserta,” katanya.
Konvesyen Wanita Selangor menawarkan empat komponen utama iaitu Konvesyen Kerjaya Wanita, Pitching Usahanita Digital, HaSSel, dan Sesi Townhall GenZ.
Konvesyen berkenaan dianjur dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), serta 13 rakan strategik daripada agensi kerajaan dan swasta.
[caption id="attachment_707485" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan bergambar bersama sekretariat penganjur sempena Konvensyen Wanita Selangor 2025 di Pusat Konvesyen Shah Alam (SACC) pada 28 Jun 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_707487" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin menerima cenderamata dari peserta ketika melawat rerurai sempena Konvensyen Wanita Selangor di Pusat Konvesyen Shah Alam (SACC) 2025 pada 28 Jun 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_707489" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan melawat rerurai sempena Konvensyen Wanita Selangor di Pusat Konvesyen Shah Alam (SACC) 2025 pada 28 Jun 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_707490" align="aligncenter" width="700"] Peserta yang hadir Konvensyen Wanita Selangor 2025 yang berlansung di Pusat Konvesyen Shah Alam (SACC) pada 28 Jun 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]