SHAH ALAM, 28 JUN: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan berangkat melawat Galeri TAPAK, milik pelukis dan pengkarya seni tersohor Yusof Ghani di Seksyen 8 di sini.
Baginda meluangkan masa hampir 40 minit melihat hasil karya pelukis kelahiran Johor itu yang telah dipamerkan dalam pelbagai pameran seni tempatan dan antarabangsa.
[caption id="attachment_707478" align="aligncenter" width="689"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan merasmikan Galeri Energy & Emotion Cenderawasih Yusof Ghani di Tapak Seksyen 8, Shah Alam pada 28 Jun 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Antara lukisan popular Yusof yang dipamerkan di galeri yang dibuka sejak 2009 dan menarik perhatian baginda adalah Segerak, Biring, Wajah dan Ombak.
[caption id="attachment_707476" align="aligncenter" width="690"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan melihat pelukis Yusof Ghani menyiapkan lukisannya dalam Majlis Perasmian Galeri Energy & Emotion Cenderawasih di Tapak Seksyen 8, Shah Alam pada 28 Jun 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR [/caption]
Sultan Sharafuddin yang juga penggemar karya seni lukis turut berkenan melancarkan buku mengandungi karya terbaharu Yusof iaitu ‘Cenderawasih Energy and Emotion’ yang dihasilkan pada 2022.
Baginda turut berkenan menyaksikan Yusof melakukan demonstrasi melukis karya terbaharunya itu yang diinspirasikan daripada burung Cenderawasih.
Yusof merupakan pelukis tersohor negara yang memulakan kariernya pada awal 1980-an.
[caption id="attachment_707475" align="aligncenter" width="692"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi pelukis Yusof Ghani melihat lukisan alam Majlis Perasmian Galeri Energy & Emotion Cenderawasih di Tapak Seksyen 8, Shah Alam pada 28 Jun 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Hasil lukisan beliau pernah dipamerkan dalam pelbagai pameran seni antarabangsa termasuk di Singapura, Indonesia, Thailand, Jepun, United Kingdom, Jerman, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Kanada.
Selain Segerak, Biring, Wajah dan Ombak, lukisan popular beliau yang lain seperti Tari, Protest, Topeng, Wayang serta Hijau. - BERNAMA
[caption id="attachment_707474" align="aligncenter" width="697"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan melihat lukisan dalam Majlis Perasmian Galeri Energy & Emotion Cenderawasih Yusof Ghani di Tapak Seksyen 8, Shah Alam pada 28 Jun 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]