AGENDA

Kilang kitar semula di Meru musnah terbakar, semua pekerja selamat

25 Jun 2025, 7:03 PM
Kilang kitar semula di Meru musnah terbakar, semua pekerja selamat

KLANG, 25 JUN: Sebuah kilang kitar semula musnah dalam kebakaran di Taman Perindustrian Meru, dekat sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.14 tengah hari sebelum menggerakkan pegawai dan anggota ke lokasi kejadian.

"Sejurus tiba didapati sebuah kilang berkeluasan 6,000 kaki persegi sedang terbakar dan operasi pemadaman segera dijalankan sebelum api merebak ke kilang bersebelahan," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata operasi melibatkan 22 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar, Klang Utara, Klang Selatan dan Bukit Jelutong menggunakan empat jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan dua lori tangki air.

Ahmad Mukhlis berkata siasatan awal mendapati semasa kejadian kilang itu sedang beroperasi membabitkan 20 pekerja yang sempat menyelamatkan diri.

Menurutnya tiada kehilangan nyawa dilaporkan serta punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.