ad
AGENDA

Peniaga rugi RM1.1 juta, terperdaya tawaran kerja tak wujud

23 Jun 2025, 10:47 PM
Peniaga rugi RM1.1 juta, terperdaya tawaran kerja tak wujud

JOHOR BAHRU, 23 JUN: Peniaga kerugian RM1.1 juta selepas terperdaya dengan tawaran pekerjaan dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata individu berusia sekitar 40-an yang membuat laporan polis semalam itu mendakwa pekerjaan tersebut ditawarkan di media sosial pada 26 Mac lalu.

Beliau berkata mangsa mendakwa perlu membuat pembelian barangan dengan komisen 25 peratus daripada hasil jualan semula produk terbabit.

"Kemudian, mangsa yang berminat bertindak memindahkan wang berjumlah RM1.1 juta ke 22 akaun bank berbeza bermula 28 Mac hingga 13 Jun bagi tujuan urusan jual beli barangan untuk mendapatkan komisen.

"Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila tidak menerima sebarang komisen seperti dijanjikan," menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.