AGENDA

Amaran hujan lebat, ribut petir di Hulu Langat hingga 9 malam

21 Jun 2025, 5:51 PM
Amaran hujan lebat, ribut petir di Hulu Langat hingga 9 malam
Amaran hujan lebat, ribut petir di Hulu Langat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 21 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda daerah Hulu Langat di Selangor hingga 9 malam ini.

Cuaca sama dijangka berlaku melibatkan beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sawarak, Sabah dan Labuan.

MetMalaysia menjelaskan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

[caption id="attachment_706512" align="aligncenter" width="678"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]