ad
AGENSI

SIC cipta inovasi teknologi hijau, digital, perkukuh peranan dalam pembangunan negara

21 Jun 2025, 5:30 PM
SIC cipta inovasi teknologi hijau, digital, perkukuh peranan dalam pembangunan negara
SIC cipta inovasi teknologi hijau, digital, perkukuh peranan dalam pembangunan negara

Oleh Ufairah Tarmidzi

PETALING JAYA, 21 JUN: Selangor Industrial Corporation (SIC) menyasarkan untuk menjadi peneraju inovasi teknologi hijau dan digital sekali gus menjadi pemain utama industri tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Saharom Mohni berkata antara agenda utama SIC yang juga anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ialah penubuhan pusat data berkapasiti tinggi serta pembangunan teknologi solar terapung yang berpotensi menjadi pemacu utama sektor tenaga boleh diperbaharui.

"SIC mengorak langkah besar dengan pelbagai inisiatif berimpak tinggi yang dijangka memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi negeri dan kemakmuran negara.

[caption id="attachment_706481" align="alignleft" width="405"] Ketua Pegawai Eksekutifnya Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd. Saharom Mohni. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

“Kami percaya teknologi-teknologi yang dibangunkan di SIC adalah antara yang terkini. Matlamat kami adalah untuk menjadikan SIC sebagai penanda aras dalam kemajuan teknologi demi kemakmuran Selangor dan Malaysia secara keseluruhan.

“SIC juga sedang menawarkan perkhidmatan keselamatan siber dengan memulakan perbincangan bersama beberapa rakan strategik di peringkat antarabangsa, termasuk Kementerian Alam Sekitar serta institusi kewangan di Oman,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Kejohanan Golf Tertutup 40 tahun (SIC) di Kelab Golf Seri Selangor (KGSS) hari ini. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin disini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Saharom berkata kejohanan golf sempena ulang tahun ke-40 itu juga bukan sekadar tanda penghargaan kepada Kerajaan Negeri, agensi serta rakan strategik, malah menjadi landasan memperkukuh hubungan kerjasama jangka panjang.

Beliau memaklumkan beberapa inisiatif tanggungjawab sosial korporat turut dirangka seperti program derma darah melalui penganjuran SIC40: Meraikan Nyawa, Menyelamatkan Nyawa yang bakal berlangsung Ogos depan untuk kesejahteraan masyarakat.

"SIC juga akan menyantuni rumah anak yatim dan komuniti yang memerlukan menerusi lawatan dan penyampaian sumbangan sebagai tanda prihatin terhadap pembangunan sosial rakyat Selangor," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.