ad
AGENDA

Belanjawan 2026 perkenal inisiatif baharu, perkasa sistem pendidikan

13 Jun 2025, 3:23 PM
Belanjawan 2026 perkenal inisiatif baharu, perkasa sistem pendidikan
Belanjawan 2026 perkenal inisiatif baharu, perkasa sistem pendidikan

HULU LANGAT, 13 JUN: Selangor akan memperkenal beberapa inisiatif baharu dalam belanjawan 2026 bagi terus memperkasa ekosistem pendidikan negeri merentas semua peringkat.

Dato’ Menteri Besar berkata ia melibatkan segenap peringkat bermula daripada sekolah rendah, pendidikan tinggi hingga latihan kemahiran, termasuk pelantikan koordinator pendidikan negeri.

Jelas Dato' Seri Amirudin Shari, koordinator tersebut bagi menyelaras semua aset, kemudahan dan inisiatif pendidikan sedia ada ke arah menghubungkan peluang pendidikan merentas institusi.

[caption id="attachment_705488" align="aligncenter" width="751"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada program Tekad Pendidikan Kita Selangor 2025 di Hotel Tenera, Hulu Langat pada 13 Jun 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

“Jawatankuasa tetap pendidikan dan pendidikan tinggi meneliti ekosistem pendidikan dengan mengenal pasti agensi dan unit sedia ada untuk melaksana program pendidikan negeri secara bersepadu.

“Sebagai contoh, pelajar dari sekolah rendah agama integrasi atau maahad integrasi tahfiz, bagaimana kita boleh hubungkan mereka yang berpotensi ke institusi tinggi negeri," katanya.

Bercakap dalam program Tekad Pendidikan Kita Selangor 2025 di sini, jelasnya, belanjawan 2026 turut menumpukan penyertaan pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

Amirudin berkata ia termasuk teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI) dan kesedaran kesan sosial media, melalui pendekatan formal dan aktiviti luar bilik darjah.

“Itu adalah sebahagian tumpuan dalam Belanjawan 2026 untuk memastikan ada satu usaha bersepadu antara semua agensi dan unit berkaitan pendidikan dan pendidikan tinggi di Selangor.

“Ekosistem pendidikan bukan hanya dari kerangka dasar, ia memyeluruh ke arah melahirkan sumber daya tenaga kerja berkualiti dan berkemahiran,” katanya.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.