ad
AGENDA

Shaq Koyok bawa seni Orang Asli ke pentas dunia

12 Jun 2025, 11:56 AM
Shaq Koyok bawa seni Orang Asli ke pentas dunia
Shaq Koyok bawa seni Orang Asli ke pentas dunia

Oleh Shahril Danial Shahrom

SHAH ALAM, 12 JUN: Pelukis Orang Asli, Shaq Koyok, berjaya melakar nama di dalam landskap seni Malaysia dan antarabangsa apabila dijemput menyertai pameran di Amerika.

Sustainability Research and Inovation Conference, sebuah acara berprestij itu akan diadakan di University of Illionis, Chicago, Amerika Syarikat pada bulan Jun ini.

Minat Shaq, seorang pelukis orang Asli dari suku Temuan, berasal dari Banting, Selangor, dalam seni lukis bermula dari sekolah sehingga beliau berjaya meneruskan pengajian dalam bidang seni lukis dan seni halus di universiti.

[caption id="attachment_705309" align="alignleft" width="410"] Pelukis orang asli Shaq Koyok. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

“Saya memang amat berminat dalam seni lukisan dan banyak mengikuti pameran di peringkat Malaysia dan juga antarabangsa,” katanya ketika ditemui pada Festival Kartun Perpaduan Selangor.

Jelasnya lagi, seni lukis turut membentuk perjuangannya berkaitan isu kelestarian dan hak Orang Asli menerusi lukisan-lukisannya yang dipenuhi seni warisan budaya Orang Asli.

Menyentuh cabaran seni lukis dalam negara, Shaq menyifatkan kesedaran kesenian masih belum matang yang menyebabkan kerjasama dan sokongan menyeluruh diperlukan.

“Negara kita masih kurang mendapat kesedaranan perhatian tentang kesenian.”

“Antara cara atau inisiatif yng boleh dilakukan oleh kita untuk memupuk kesenian dalam kalangan masyarakat dalah dengan mengumpulkan para penggiat seni tanah air untuk membincangkan aktiviti yang releven untuk diterapkan kepada masyarakat.”

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.