AGENDA

Angka korban di Gaza hampir 54,800 orang, lebih 125,000 lagi cedera

8 Jun 2025, 9:35 AM
Angka korban di Gaza hampir 54,800 orang, lebih 125,000 lagi cedera

ANKARA, 8 JUN: Sekurang-kurangnya 54,772 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan genosid Israel sejak Oktober 2023, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik Kementerian Kesihatan semalam.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata 95 mayat dibawa ke hospital dalam tempoh 48 jam lepas manakala 304 lagi cedera, menjadikan jumlah keseluruhan kecederaan akibat serangan Israel kepada 125,834 orang.

“Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di atas jalan raya kerana pasukan penyelamat tidak mempunyai akses kepada mereka,” menurut kenyataan itu lagi.

Tentera Israel menyambung semula serangan ke atas Semenanjung Gaza pada 18 Mac lalu dan sejak itu telah membunuh 4,497 orang serta mencederakan 13,793 yang lain, sekali gus memusnahkan perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang dicapai pada Januari.

- BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.