AGENDA

Lembu korban tidak sempat disembelih, mati jatuh perigi

8 Jun 2025, 8:39 AM
Lembu korban tidak sempat disembelih, mati jatuh perigi

KOTA BHARU, 8 JUN: Seekor lembu tidak sempat disembelih untuk ibadah korban pagi semalam, selepas mati akibat terjatuh dalam perigi di Kampung Sireh, di sini.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, haiwan berkenaan dikeluarkan dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kota Bharu.

APM menerusi kenyataan di Facebook berkata, Pusat Kawalan Operasi Daerah APM Kota Bharu menerima panggilan kecemasan pada jam 12.30 tengah hari menerusi talian MERS 999.

"Bertindak atas maklumat berkenaan, seorang pegawai dan lapan anggota lain-lain pangkat dikerahkan ke lokasi bersama aset logistik APM.

"Setibanya di lokasi, pasukan APM mendapati seekor lembu korban sudah mati selepas terjatuh dalam perigi," katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata, anggota operasi kemudiannya mengangkat lembu menggunakan peralatan khas dan teknik penyelamatan bersesuaian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.