ad
AGENSI

Hijrah Selangor tawar pembiayaan hingga RM50,000, bantu niaga, tambah modal pusingan

8 Jun 2025, 8:21 AM
Hijrah Selangor tawar pembiayaan hingga RM50,000, bantu niaga, tambah modal pusingan
Hijrah Selangor tawar pembiayaan hingga RM50,000, bantu niaga, tambah modal pusingan

SHAH ALAM, 8 JUN: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) menawarkan bantuan  modal untuk membantu usahawan negeri ini yang ingin mengembangkan perniagaan.

Agensi itu memaklumkan Skim i-Bisnes dan Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada usahawan untuk memulakan perniagaan serta menambah modal pusingan.

“Skim i-Bisnes dan NaDi menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000 bagi membantu usahawan. Tiba masa untuk bisnes anda meroket! Skim i-Bisnes boleh beri pembiayaan hingga RM50,000! Proses pun senang. Syarat pun mesra. Jom apply sekarang di www.hijrahselangor.com,” maklumnya menerusi Facebook.

Pada 29 Januari lalu, ketua pegawai eksekutif Hijrah Selangor berkata pihaknya menyasarkan pembiayaan sebanyak RM60 juta di bawah Skim i-Bisnes bagi membantu usahawan mengembangkan perniagaan pada tahun ini.

Dato’ Mearia Hamzah berkata bantuan modal yang terbuka kepada individu lelaki dan wanita di negeri itu dijangka memanfaatkan ribuan peniaga.

Selain itu, katanya Hijrah Selangor juga menyediakan NaDI khusus untuk usahawan wanita secara berkumpulan dengan sasaran pembiayaan RM5 juta kepada kira-kira 500 penerima.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.