ad
AGENDA

Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia, lapan kematian takat ini

7 Jun 2025, 5:24 PM
Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia, lapan kematian takat ini
Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia, lapan kematian takat ini

MINA, 7 JUN: Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci semalam menjadikan jumlah keseluruhan lapan kematian setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata kematian kelapan melibatkan jemaah lelaki Abd Yazid Matt, 65, disebabkan serangan jantung di Hospital Pakar Al Noor, Makkah.

"Allahyarham yang berasal dari Kangar, Perlis berlepas menerusi KT100 dan menginap di Maktab 82, Al Olayan Al Haram, Makkah meninggal dunia kira-kira 11.22 malam.

[caption id="attachment_704685" align="alignleft" width="500"] Jemaah lelaki Abd Yazid Matt, 65, dari Kangar, Perlis meninggal dunia disebabkan serangan jantung di Hospital Pakar Al Noor, Makkah pada 6 Jun 2025. Foto Facebook BERNAMA[/caption]

"Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham sempat menunaikan wukuf di Arafah, menandakan bahawa rukun hajinya telah sempurna, insya-Allah," katanya kepada petugas media selepas melawat khemah penginapan jemaah haji Malaysia di sini hari ini.

Lembaga Tabung Haji (TH) sudah menghubungi waris kepada jemaah serta akan mengurus sepenuhnya segala keperluan berkaitan pengurusan jenazah dan kebajikan jemaah yang terlibat.

Mohd Na’im bersama seluruh barisan pengurusan tertinggi TH merakamkan ucapan takziah kepada waris serta ahli keluarga arwah dan mendoakan rohnya dicucuri rahmat selain diterima segala niat mengerjakan rukun Islam kelima itu.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.