ad
AGENDA

Rakyat sokong usaha kerajaan kawal jualan vape, ibu bapa digesa lebih peka

6 Jun 2025, 8:00 PM
Rakyat sokong usaha kerajaan kawal jualan vape, ibu bapa digesa lebih peka
Rakyat sokong usaha kerajaan kawal jualan vape, ibu bapa digesa lebih peka
Rakyat sokong usaha kerajaan kawal jualan vape, ibu bapa digesa lebih peka
Rakyat sokong usaha kerajaan kawal jualan vape, ibu bapa digesa lebih peka
Rakyat sokong usaha kerajaan kawal jualan vape, ibu bapa digesa lebih peka

Oleh Muhammad Rey Hazriell

SHAH ALAM, 6 JUN: Usaha kerajaan mengetatkan kawalan terhadap penjualan dan penggunaan vape mendapat sokongan masyarakat yang bimbang kesan buruk produk itu terhadap golongan muda.

Penolong Pengurus Keselamatan Skein Citbanchonf A/L Wee San, 42, berkata penjualan terbuka produk itu perlu dibendung segera kerana bahayanya jauh mengatasi manfaat.

[caption id="attachment_704542" align="aligncenter" width="740"] Penolong Pengurus Keselamatan Skein, Citbanchonf A/L Wee San, 42,[/caption]

“Usaha yang dijalankan amat baik kerana kesan vape lebih banyak buruk daripada baik, terutama dari aspek kesihatan.

“Sekarang penjualan terlalu berleluasa. Jadi, seeloknya kawal dari segi penjualan, dan ibu bapa juga perlu pantau serta menjadi contoh kepada anak-anak,” katanya kepada Media Selangor.

Peniaga Nur Arinah Hadyani, 25, turut melahirkan kebimbangan apabila melihat trend kanak-kanak mula mencuba vape.

[caption id="attachment_704540" align="aligncenter" width="800"] Peniaga Nur Arinah Hadyani 25[/caption]

“Vape memang tidak bagus. Sekarang pun banyak kanak-kanak nak cuba ‘vaping’,” katanya sambil menegaskan kepentingan ibu bapa memantau perbelanjaan anak-anak agar tidak membeli vape.

“Ibu bapa kena lebih prihatin dari segi penggunaan media sosial dan pemberian duit belanja. Kalau boleh, hadkan jumlah kedai vape dan cegah sepenuhnya. Jangan bagi budak pegang duit terlalu banyak,” katanya.

Sementara itu, Eksekutif Undang-Undang Yoke Shan, 31, menegaskan pendidikan di rumah merupakan asas utama pencegahan.

[caption id="attachment_704541" align="aligncenter" width="782"] Sementara itu, Eksekutif Undang-Undang Yoke Shan, 31,[/caption]

“Ibu bapa perlu didik anak-anak sejak kecil tentang keburukan vape dan dorong mereka untuk hidup sihat,” katanya sambil berharap langkah diambil kerajaan mampu melahirkan masyarakat yang sihat secara fizikal dan mental.

Semalam, Kementerian Komunikasi memaklumkan pihaknya akan memantau penjualan vape secara dalam talian susulan peningkatan larangan di beberapa negeri dan kebimbangan mengenai kandungan bahan sintetik dalam produk itu.

Di Selangor, Kerajaan Negeri pada 20 Mei lalu mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan merampas serta menyita iklan berkaitan rokok elektronik atau vape di semua medium fizikal termasuk papan iklan digital dan LED.

[caption id="attachment_702320" align="aligncenter" width="812"] Tinjauan di sebuah premis yang menjual cecair dan peranti rokok elektronik di Jejawi, Kangar pada 5 Mei 2025. Foto BERNAMA[/caption]

Terengganu dan Johor antara negeri yang terlebih dahulu melaksanakan larangan penjualan vape, dengan Terengganu akan berkuat kuasa 1 Ogos ini manakala Johor sejak 2016.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay sebelum ini memaklumkan kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan larangan tersebut.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan bahawa penjualan vape boleh mendorong kepada penyalahgunaan dadah sintetik jenis baharu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.